Kes buli: JPN Selangor ambil tindakan tegas terhadap murid terlibat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 19 April – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan mengambil tindakan tegas terhadap murid yang terlibat dalam kes buli di sebuah sekolah seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah menghubungi ibu bapa dan penjaga murid terlibat serta mengambil tindakan segera.
  • Siasatan dalaman dijalankan dan laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
  • Murid terlibat telah menjalani sesi kaunseling bagi membantu pemulihan emosi dan tingkah laku.
  • Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan kandungan media sosial yang mendedahkan identiti kanak-kanak bawah umur.

Jabatan itu dalam satu kenyataan melahirkan rasa kesal dengan kejadian salah laku melibatkan murid itu dan tindakan akan diambil selaras dengan garis panduan sedia ada.

“Pihak sekolah dengan pemantauan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor serta Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat telah mengambil tindakan segera termasuk menghubungi ibu bapa dan penjaga murid terlibat.

“Siasatan dalaman turut dijalankan selain membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Murid yang terlibat juga telah menjalani sesi kaunseling bagi membantu pemulihan emosi dan tingkah laku.

Orang ramai diseru agar tidak menyebarkan kandungan media sosial yang mendedahkan identiti murid berkenaan memandangkan kes ini melibatkan kanak-kanak bawah umur.

JPN Selangor bertanggunggjawab untuk memastikan semua institusi pendidikan di negeri ini kekal selamat dan kondusif untuk murid, guru serta seluruh warga sekolah.