fb fb fb fb fb

Kesesakan sempadan, langkah penyelesaian konsisten diambil

JOHOR BAHRU, 15 Jun- Penyelesaian masalah kesesakan sempadan Malaysia dan Singapura diselesaikan secara konsisten.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengambil inisiatif turun padang sebanyak 60 kali di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan 14 kali di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).


(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

"Menaik taraf keperluan pejabat dan bilik rehat staf Imigresen, melakukan kerja-kerja tambahan dan pengubahsuaian awning di laluan, motosikal CIQ BSI, menaik taraf peralatan dan kelengkapan pegawai Imigresen, pemasangan penghawa dingin mudah alih/penyejuk udara untuk keselesaan pegawai Imigresen", katanya semasa Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor, yang turut dihadiri wakil agensi berkaitan yang bertugas di CIQ.

Isu kesesakan sempadan, telah memberi kesan kepada 1.2 juta penduduk, iaitu 30 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Johor.

Dianggarkan 300,000 rakyat Malaysia menggunakan kedua-dua laluan itu setiap hari.

Media Baharu