MEMBAKUT, 18 November -Malaysia akan mempertimbangkan serta memperhalusi penyertaan pasukan keselamatan negara sekiranya ditawarkan menyertai Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) di Gaza.
- Malaysia akan pertimbang dan perhalusi penyertaan pasukan keselamatan negara jika tawaran menyertai ISF dibuat.
- Keputusan bergantung kepada pemahaman penuh tentang mandat ISF yang berbeza daripada misi pengaman PBB biasa.
- Menteri Luar Tekankan ISF ialah Pasukan Penstabilan Gaza, bukan pasukan pengaman tradisional PBB.
- Kerajaan mahu memastikan peranan dan tanggungjawab jelas sebelum menyertai operasi sedemikian.
- Perbincangan dan penilaian lanjut diperlukan sebelum membuat keputusan rasmi mengenai penyertaan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia perlu memahami sepenuhnya mandat ISF yang dikatakan berbeza daripada misi pengaman PBB biasa, sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Dia bukannya pasukan pengaman, macam saya katakan tadi adalah sebagai ISF. Pasukan Penstabilan Gaza. Dan dia berbeza dengan pasukan Pengaman yang biasa diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)”, katanya demikian kepada media selepas lawatan kerjanya di Kampung Binsulok, di sini.
Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini meluluskan cadangan penubuhan pasukan antarabangsa bagi membantu memulihkan keselamatan dan kestabilan di Gaza