Malaysia bersama negara sahabat usaha bebaskan aktivis GSF – PM

Malaysia mendesak agar kesemua aktivis yang terlibat tidak diberikan layanan buruk serta dizalimi / foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan beliau sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia mendesak agar aktivis tidak diberikan layanan buruk atau dizalimi.
  • Malaysia menuntut hak kemanusiaan mereka dihormati dan tiada tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap pembawa suara keamanan.
  • Sumud Nusantara mengesahkan sembilan kapal GSF membawa 16 rakyat Malaysia telah dipintas oleh tentera laut Israel.
  • Ketua pengarah SNCC berkata kapal dihampiri secara agresif oleh IOF di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Datuk Seri Anwar berkata Malaysia mendesak agar kesemua aktivis yang terlibat tidak diberikan layanan buruk serta dizalimi.

“Malaysia menuntut agar mereka tidak dizalimi, dihalang hak kemanusiaan atau dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan hanya kerana membawa suara keamanan dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin.

“Doakan agar segala usaha ini dipermudahkan, Insya-Allah. Hasbunallah wa ni‘mal wakil,” katanya.

Semalam, Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sembilan kapal GSF yang dinaiki 16 rakyat Malaysia telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) setakat 8.00 malam waktu Malaysia.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kapal mereka dihampiri secara agresif oleh IOF ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.