Penggunaan AI, ekonomi digital perlu kawal selia berkesan lindungi pekerja

Datuk Seri Fahmi Fadzil/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Kemajuan pesat teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), ekonomi gig dan e-dagang perlu disertai perancangan tenaga kerja serta kawal selia berkesan bagi melindungi pekerja dan memastikan pasaran pekerjaan tempatan kekal seimbang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawal selia berkesan diperlukan untuk melindungi kebajikan pekerja dan elakkan kesan negatif perubahan teknologi terhadap pasaran kerja.
  • Perlu keseimbangan antara membolehkan inovasi perniagaan dan mencegah kerosakan sosial; pertimbangkan undang-undang untuk melindungi pekerja gig.
  • Teknologi harus jadi pemudah cara produktiviti; tingkatkan literasi digital, latihan dan peluang pekerjaan untuk graduan serta TVET.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sekiranya perkembangan teknologi tanpa sebarang kawal selia berkesan, ia boleh menjejaskan kebajikan pekerja dan ekosistem perniagaan.

“Di pihak kerajaan, kita mahu menggalakkan perkembangan ekonomi, tetapi ia datang dengan tanggungjawab. Maksudnya, sekiranya terlalu bebas dan segala-galanya boleh dilakukan tanpa kawal selia, pasti ada kesannya.

“Sekiranya terlalu ramai rakyat kehilangan pekerjaan atau tidak mendapat gaji yang setimpal, sebab itu ada tekanan supaya diwujudkan satu akta untuk melindungi pekerja gig.

“Saya melihat perlu ada keseimbangan antara membolehkan syarikat dan perniagaan melakukan sedikit creative destruction, tetapi jangan sehingga merosakkan dan menimbulkan masalah sosial atau mengganggu-gugat ketenteraman awam

“Di pihak kerajaan, kita nak menggalakkan tetapi but it comes at a price. Maksudnya, sekiranya terlalu bebas, terlalu bolehlah buat tanpa kawal selia, akan ada kesan. Kalau rakyat terlalu ramai yang hilang pekerjaan ataupun tidak mendapat gaji yang setimpal, sebab itu ada tekanan kena ada satu akta untuk pekerja gig.

“Jadi saya nampak dia mesti ada keseimbangan di antara membolehkan syarikat dan perniagaan melakukan sedikit perubahan dan pembaharuan dalam perniagaan tetapi jangan sampai merosakkan dan menimbulkan masalah sosial, sehingga mengganggu-gugat ketenteraman awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi dialog ‘Teknologi Memacu Perubahan: Adakah Bakat Malaysia Bersedia?’ sempena Majlis Pelancaran Kerangka Kemahiran Masa Hadapan bagi Sektor Komunikasi dan Multimedia (C&M FSF) dan Inisiatif Pembangunan Bakat Strategik di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, di sini hari ini.

Turut hadir sebagai panelis dialog ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan, manakala Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ashwad Ismail bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Datuk Seri Fahmi berkata, sektor tertentu seperti industri kreatif dan animasi, teknologi AI dilihat lebih kepada pemudah cara peningkatan produktiviti dan aliran kerja berbanding menggantikan tenaga kerja manusia sepenuhnya.

“Saya baru melawat beberapa syarikat animasi. Di dua syarikat animasi besar yang saya lawati, tiada seorang pun pekerja yang dibuang atau digantikan dengan AI.

“Bagi mereka, ia sebahagian daripada integriti karya seni. Namun, mereka melihat AI boleh membantu dalam menguruskan aliran kerja,” katanya lagi.

Bagi memastikan rakyat bersedia, beliau menekankan kepentingan penerapan literasi digital yang selamat dalam komuniti menerusi rangkaian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis berkenaan, Datuk Seri Fahmi memberi jaminan kepada golongan mahasiswa, lepasan universiti dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar tidak bimbang kerana kemunculan teknologi baharu turut membawa kepada pembentukan bidang pekerjaan baharu.

“Sektor-sektor bawah jagaan Kementerian Komunikasi ada beberapa perkara yang syarikat-syarikat perlu mengambil kira termasuk lepasan ijazah sarjana muda, lepasan universiti dan juga mereka yang mungkin hasil daripada bidang TVET.

“Di pihak kerajaan, kita akan berusaha untuk memastikan jumlah pekerjaan yang ada membolehkan syarikat-syarikat ini menggajikan lebih ramai bakat terutamanya anak-anak muda,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.