Pemasangan lampu jalan solar diperluas ke seluruh negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Penggunaan lampu jalan solar akan diperluas ke seluruh negara, khususnya di kawasan luar bandar sebagai usaha meningkatkan liputan pencahayaan di lokasi yang berdepan kekangan capaian kepada infrastruktur elektrik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif Pemasangan Lampu Jalan Kampung dimulakan tahun lalu di Johor, Pahang, Perak dan Sarawak.
  • Sebanyak 500 unit lampu jalan solar dipasang di setiap negeri berdasarkan peruntukan tahunan.
  • KKDW memohon peluasan pemasangan untuk 2027; cadangan sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan.
  • Kerajaan mengutamakan lokasi keselamatan dan penggunaan tinggi, termasuk Parlimen Jerlun; pelaksanaan berfasa tertakluk peruntukan dan kesesuaian teknikal.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, inisiatif Pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) itu dimulakan tahun lalu di empat negeri iaitu Johor, Pahang, Perak dan Sarawak.

Sebanyak 500 unit lampu jalan solar dipasang di setiap negeri berkenaan berdasarkan peruntukan tahunan yang tersedia.

“Bagi tahun 2027, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memohon supaya pemasangan lampu solar diperluaskan di negeri lain di bawah inisiatif Belanjawan 2027 dan sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan (MoF).

“Kerajaan akan terus memberikan perhatian kepada keperluan pencahayaan kawasan luar bandar termasuk di Parlimen Jerlun dengan mengutamakan lokasi yang mempunyai keperluan keselamatan dan penggunaan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abd Ghani Ahmad pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat.

Jelas Datuk Rubiah, usaha itu akan dilaksanakan secara berfasa tertakluk kepada peruntukan, kesesuaian teknikal dan keutamaan semasa kementerian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.