fb fb fb fb fb

LPF dan KDN kaji semula proses kelulusan penyiaran sesuatu filem atau drama

(GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR, 28 Mac - Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji semula penurunan kuasa kepada pihak stesen televisyen (TV) untuk proses kelulusan penyiaran sesuatu filem atau drama.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah itu bagi memastikan ia lebih terkawal dan hukuman lebih berat boleh dikenakan jika berlaku sebarang pelanggaran.

(Timbalan Menteri K-KOMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika menggulung perbahasan Usul
Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Negara)

"Semua stesen televisyen yang membuat proses penapisan siaran perlu mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menyebarkan klip video tanpa kebenaran yang boleh mencalar imej.

"Semua stesen penyiar perlu bertanggungjawab dalam memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Negara, di sini.

Tegas Zahidi, garis panduan berkenaan perlu mengikut ketetapan LPF, KDN dan Garis Panduan Penapisan Kandungan Berunsur Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Garis Panduan Siaran Televisyen RTM.

Sementara itu, menyentuh isu kontroversi penyebaran klip video drama oleh aktor drama yang tular baru-baru ini, Zahidi berkata, K-KOM telah menjalankan siasatan, dan proses undang-undang sedang berjalan.

(GAMBAR FAIL)

"Baru-baru ini K-KOMM melalui SKMM telah menjalankan siasatan, kerana baru-baru ini ada isu filem yang berunsur lucah dan memberahikanlah.

"Jadi kita adakan siasatan dan proses undang-undang sedang berjalan di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi 50,000 dan hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Tambahnya, kertas siasatan telah dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Jabatan Peguam negara.

Media Baharu