
ALOR SETAR, 18 Mac – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 40.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung di sini, kira kira pukul 10.15 malam tadi.
- Motosikal ditunggang mangsa merempuh bahagian belakang pikap yang berhenti di lorong kecemasan.
- Mangsa, Mohd Taufik Md Saad, 41, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
- Pemandu pikap berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan ringan ketika mengetatkan tali pengikat tangki air di belakang kenderaan.
- Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat; kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa merempuh bahagian belakang sebuah pikap yang berhenti di lorong kecemasan.
Akibat rempuhan itu, mangsa, Mohd Taufik Md Saad, 41 tahun, yang mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kelubi, Jitra.
“Sementara itu, pemandu kenderaan pikap berusia lingkungan 20-an dilaporkan mengalami kecederaan ringan ketika sedang mengetatkan tali yang mengikat tangki air di bahagian belakang kenderaannya semasa kejadian,” katanya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.