fb fb fb fb fb

Lebih 140,000 penerima BWE direkodkan

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Seramai 142,958 penerima direkodkan menerima Bantuan Warga Emas (BWE) seluruh Malaysia setakat Julai 2023.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata bantuan itu melibatkan sejumlah RM493.7 juta peruntukan yang disalurkan.

"Bagi membantu golongan warga emas agar mereka dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup, Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) turut menyediakan skim bantuan khusus untuk golongan warga emas mengikut kelayakan yang ditetapkan seperti BWE dengan kadar bantuan RM500 sebulan.

"Sementara itu bagi Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) yang boleh dipertimbangkan kepada penjaga warga emas dengan kadar RM500 sebulan dan Bantuan Am (kadar bergantung mengikut negeri)," katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab pertanyaan Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan berhubung langkah kerajaan meningkatkan kualiti hidup warga emas.

(Aiman Athirah Sabu)

Media Baharu