KUALA LUMPUR.19 Julai-Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan melaksanakan kutipan tol bermula 24 Julai (Rabu) depan.
Menurut Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Strategik dan Libat Urus WCE,Syed Mohamed Idid dalam satu kenyataan, kutipan tol akan dilaksanakan di Jajaran Seksyen 11 iaitu di Plaza Tol Taiping Selatan, Trong dan Beruas mulai jam 12.01 tengah malam.
Ujarnya, jajaran sepanjang 35.5 kilometer itu telah beroperasi secara percuma selama empat bulan.
“WCE Jajaran Seksyen 11 telah beroperasi secara percuma sejak dirasmikan oleh Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 12 Mac yang lalu.
"Kutipan tol Seksyen 11 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan Kad Touch N Go, RFID.
Jelasnya, pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki e-Wallet dan kad Touch 'N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi menggelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.
Orang ramai boleh melayari laman web WCE atau muat turun aplikasi WCE bagi maklumat lanjut mengenai kadar tol.
Jika terdapat sebarang masalah mengenai pembayaran tol, hubungi WCE Infoline di 1700 81 6600 atau e-mel ke