KUSKOP perluas kursus koperasi ke Sabah, Sarawak

Kursus Pensijilan Pengurusan Koperasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2026 – Yayasan ANGKASA

SHAH ALAM, 5 Mei – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memperluaskan penganjuran kursus koperasi ke Sabah dan Sarawak dalam usaha memperkukuh penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan dan koperasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kursus kini peringkat asas dan akan diperkembangkan kepada kursus lanjutan pada masa hadapan.
  • Inisiatif dilaksanakan bersama agensi seperti ANGKASA dan Institut Koperasi Malaysia untuk melibatkan mahasiswa dan belia awal dalam keusahawanan dan koperasi.
  • Kursus menampilkan sesi 'Voice of Future Leaders' memberi peluang pelajar berinteraksi terus dengan kepimpinan tertinggi koperasi negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata, kursus yang ditawarkan ketika ini merangkumi peringkat asas dan akan diperkembangkan kepada kursus lanjutan pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohammad Alamin – RTM

“Kita akan teruskan inisiatif di bawah KUSKOP melalui pelbagai agensi seperti ANGKASA dan Institut Koperasi Malaysia, selain program untuk mahasiswa dan belia supaya mereka terlibat lebih awal dalam dunia keusahawanan dan koperasi,” katanya.

Beliau berkata, kursus berkenaan turut menampilkan pengisian baharu termasuk sesi ‘Voice of Future Leaders’ yang memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan tertinggi koperasi negara.

Sebahagian peserta Kursus Pensijilan Pengurusan Koperasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2026 – Yayasan ANGKASA

Menurutnya, inisiatif berkenaan dilihat selari dengan usaha kerajaan untuk melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui sektor koperasi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar Pembiayiaan Pendidikan Yayasan Angasa sesi 2026 di sini pada Isnin.

Hadir sama , Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah merangkap Pengerusi Yayasan ANGKASA serta Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor.