fb fb fb fb fb

Kilang Modenas di Gurun, bakal jadi hab eksport motosikal Kawasaki

(Pameran Program Kawasaki Green Mania di Dengkil Selangor)

DENGKIL, 6 Ogos- Kilang Modenas di Gurun, Kedah bakal menjadi hab eksport bagi motorsikal modal Kawasaki.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, pihaknya sedang berbincang dan masih menerokai beberapa negara untuk aktiviti pengeksportan.


(Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan)

"Untuk kita punya fasiliti di Kedah ini, ia mampu membuat motorsikal untuk pasaran Malaysia dan kita sedang berbincang dan kita akan membuat aktiviti eskport. Kita sedang mengenal pasti beberapa negara untuk eksport produk yang sesuai ikut negara tersebut", katanya.

Selain itu, kerjasama Modenas dengan Kawasaki terutamanya dalam pemasangan motorsikal telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat sekali gus melahirkan pekerja tempatan yang mahir dalam bidang automotif.

Beliau berkata demikian dalam Program Kawasaki Green Mania di Dengkil, Selangor.

Media Baharu