fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor terus pantau situasi banjir, utamakan keselamatan rakyat

KOTA TINGGI, 24 Januari- Pegawai-pegawai terlibat termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor akan terus memantau kawasan banjir di Johor.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi Facebook berkata, keselamatan rakyat merupakan keutamaan kerajaan negeri.

"Kerajaan Johor akan melakukan yang terbaik bagi memastikan keadaan terkawal. Agensi terlibat akan dipantau khususnya pejabat daerah bagi memastikan keselamatan rakyat terjaga walaupun dalam keadaan banjir," katanya.

Beliau sebelum itu menyantuni penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Baru Sungai Mas di sini dan menyampaikan sumbangan kerajaan negeri.

Onn Hafiz berkata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah menitahkan supaya 'Southern Volunteers' digerakkan untuk membantu penduduk terjejas banjir di tiga daerah negeri ini.

Bantuan berkenaan diharap meringankan beban keluarga dan penduduk terjejas yang diuji.


(Bantuan berkenaan diharap meringankan beban keluarga dan
penduduk terjejas yang diuji)

Media Baharu