Kekuatan institusi kewangan asas sistem ekonomi negara depani konflik global

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 21 AprilKekuatan institusi kewangan dalam menyokong aspirasi nasional menjadi asas kepada kestabilan sistem ekonomi negara, khususnya ketika berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penghargaan PM kepada institusi kewangan atas kerjasama erat dalam melaksanakan langkah holistik.
  • Fokus memperkukuh mutu perkhidmatan dan meningkatkan prestasi ekonomi negara.
  • Usaha membantu PMKS akses pinjaman; rekod hampir 90 peratus telah dikenal pasti dan dibantu.
  • Pengukuhan ringgit hasil dasar, pengurusan kewangan dan peranan bank-bank utama meningkatkan keyakinan terhadap sistem kewangan.

Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada institusi kewangan negara atas kerjasama erat dalam melaksanakan pelbagai langkah holistik bagi memperkukuh mutu perkhidmatan sekali gus melonjakkan prestasi ekonomi negara.

“Saya mulakan dengan menyatakan penghargaan atas kerjasama yang baik.

“Kita tahu isu yang dibangkitkan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tentang keupayaan mendapatkan pinjaman. Sepertimana kita tahu, rekod itu membanggakan dengan sebahagian besar (hampir 80 peratus) telah dikenal pasti dan telah dibantu,” ujar beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Sesi Meja Bulat Bersama Institusi Kewangan di ibu negara.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar sekali lagi menekankan kedudukan ringgit yang semakin kukuh berbanding negara Asia lain.

“Ini adalah hasil bukan sahaja daripada dasar, tetapi juga pengurusan kewangan negara serta peranan bank-bank utama yang menambah keyakinan terhadap sistem kewangan negara,” katanya.