
- Majlis dimulakan dengan pelantikan Yang Dipertua MAINPP Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Timbalannya Datuk Ahmad Shaziy Ismail Bakti.
- Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Zulkifli Long dan Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Wan Nor Sakina Saad turut menerima watikah.
- Antara penerima lain Mufti Datuk Dr Mohd Sukki Othman, Ketua Polis Datuk Azizee Ismail dan Pegawai Kewangan Datuk Zairi Mat Ali.
Istiadat pengurniaan watikah yang berlangsung di Dewan Seri Bendahara itu dimulakan dengan pelantikan Yang Dipertua MAINPP, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid diikuti Timbalannya, Datuk Ahmad Shaziy Ismail Bakti.
Turut menerima watikah pelantikan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Zulkifli Long dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Wan Nor Sakina Saad.
Antara penerima lain termasuk Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zairi Mat Ali, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail serta Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh.
Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr Azmi Rohani.