5,000 pek SIM percuma untuk pelajar B40 di Johor

Foto Istana Negara

KUALA LUMPUR, 29 Oktober – Sebanyak 5,000 pek SIM prabayar YES 5G bernilai RM100,000 disumbangkan kepada pelajar golongan B40 di Johor bagi memastikan akses kepada pembelajaran digital terus terpelihara khususnya ketika berdepan situasi jerebu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif Kesalinghubungan Digital Johor dilaksanakan YTL Communications bersama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
  • Hishamuddin berkata inisiatif ini membantu mengurangkan jurang digital dalam kalangan keluarga B40 berdepan kekangan akses internet.
  • Setiap pek SIM menyediakan 50GB data berkelajuan tinggi secara percuma bagi menyokong pelaksanaan PdPR dan akses bahan pembelajaran dalam talian.
  • Wing K. Lee berharap sumbangan membantu murid Johor supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka.

Inisiatif Kesalinghubungan Digital Johor itu dilaksanakan YTL Communications Sdn. Bhd. dengan kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), Hishamuddin Abdul Rahim berkata, inisiatif itu dapat membantu mengurangkan jurang digital dalam kalangan keluarga B40 yang berdepan kekangan akses internet.

“Setiap pek SIM menyediakan 50GB data internet berkelajuan tinggi secara percuma bagi menyokong pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), sekali gus memudahkan pelajar mengakses bahan pembelajaran dalam talian.

“Langkah ini berupaya merapatkan jurang digital dalam kalangan keluarga B40 yang berdepan keterbatasan akses internet, seterusnya memastikan proses PdPR pelajar dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan,” katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berharap sumbangan berkenaan dapat membantu murid di Johor supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka,” ujarnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.