Judi ‘online’ Piala Dunia: MCMC pantau, ambil tindakan

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 8 Jun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aduan membabitkan kandungan berunsur judi dalam talian sepanjang kempen Piala Dunia 2026 berlangsung.

RINGKASAN BERITA AI
  • Orang ramai digalakkan membuat aduan kepada MCMC jika menemui pautan atau kandungan perjudian dalam talian.
  • Sila panjangkan aduan kepada MCMC supaya tindakan segera dapat diambil.
  • Piala Dunia FIFA 2026 bermula hujung minggu ini, melibatkan 48 negara dan 104 perlawanan di AS, Kanada serta Mexico.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata orang ramai boleh terus membuat aduan kepada MCMC jika melihat sebarang kandungan atau pautan bersifat sedemikian.

“Orang awam boleh membuat aduan jika melihat pautan ataupun kandungan yang bersifat judi dalam talian. Sila panjangkan aduan kepada pihak MCMC untuk diambil tindakan segera,” jelasnya.

Datuk Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Persidangan Meja Bulat Pelaporan Media Selamat Berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri di sini.

Hadir sama. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Piala Dunia FIFA 2026 akan bermula Khamis ini melibatkan penyertaan 48 negara.

Sebanyak 104 perlawanan dijadual berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.