JPJ nafi hantaran tular lesen memandu Rohingya, laporan MCMC dibuat

Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 24 September – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kenyataan yang tular di media sosial mendakwa jabatan itu bercadang membenarkan etnik Rohingya memohon lesen memandu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hantaran Facebook direka menyerupai format berita rasmi untuk mengelirukan orang ramai.
  • JPJ telah mengemukakan laporan rasmi kepada MCMC bagi membolehkan siasatan dan tindakan undang-undang.
  • JPJ memandang serius pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan yang mengelirukan.
  • Orang awam dinasihatkan jangan mudah terpengaruh; semak maklumat melalui saluran komunikasi rasmi JPJ.

Hantaran yang disiarkan menerusi sebuah akaun Facebook bertajuk “JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu?” itu dikesan sengaja direka hingga menyerupai format berita rasmi bagi mengelirukan orang ramai.

Susulan penyebaran maklumat palsu tersebut, JPJ telah mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan lanjut dan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan dengan menggunakan nama, identiti atau imej jabatan sehingga boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan kredibiliti,” menurut JPJ menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi jabatan tersebut hari ini.

Sehubungan itu, JPJ menasihatkan orang awam agar tidak mudah terpengaruh atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sah, sebaliknya sentiasa membuat semakan menerusi saluran komunikasi rasmi jabatan bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.