Jerebu: Serian catat IPU sangat tidak sihat pagi ini

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 September – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat iaitu 218, setakat 8 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kuching merekodkan IPU tertinggi 195, diikuti Samarahan 188, Bintulu 170, Sri Aman 168 dan Samalaju 163.
  • Sibu dan Sarikei masing-masing 158; Mukah 151; Bukit Rambai (Melaka) 118; Miri 114.
  • Sembilan kawasan di Sarawak dan satu di Melaka merekodkan IPU pada tahap tidak sihat.
  • Secara nasional 50 kawasan catat IPU sederhana, tujuh kawasan catat IPU baik; IPU 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, >300 berbahaya.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sembilan kawasan di Sarawak dan satu di Melaka turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Kuching mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 195, diikuti Samarahan (188), Bintulu (170), Sri Aman (168) dan Samalaju (163).

Sibu dan Sarikei masing-masing merekodkan bacaan 158, manakala Mukah (151), Bukit Rambai di Melaka (118) dan Miri (114).

Sementara itu, sebanyak 50 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.