fb fb fb fb fb

JKM terima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 23 November - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata
Program Kasih Kanak-kanak JKN itu diiktiraf sebagai 'The Largest Child Protection Advocacy Programme.'

“Kita komited melalui JKM memperkukuh peranan komuniti dalam memastikan anak-anak mendapat perlindungan sewajarnya, dijauhkan daripada penderaan, pengabaian dan eksploitasi. Ini selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

“Satu panggilan mungkin dapat menyelamatkan kanak-kanak yang dianiaya, terabai atau didera. Kita semua boleh menjadi mata dan telinga bagi membantu sekiranya perkara itu berlaku.”

Beliau ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2025 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurutnya, program berkenaan berjaya melepasi sasaran asal iaitu 300 sekolah dengan capaian 337 sekolah, sekali gus memberi manfaat kepada 128,148 kanak-kanak pada 2024.

Turut hadir menyempurnakan program tersebut, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga isteri Perdana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

AZRUL FAIZAL JUSOH