fb fb fb fb fb

Jenazah Abdul Khalid selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam

SHAH ALAM, 1 Ogos- Jenazah bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke makam berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham sebelum itu disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas solat zohor.

Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Selangor.

Allahyarham Abdul Khalid meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak dan dua cucu.

(Jenazah Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam)

Berita berkaitan
Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia
DUN Selangor bertafakur hormati pemergian Tan Sri Abdul Khalid

Media Baharu