fb fb fb fb fb

Jalan Pantai Cenang diserah kepada kerajaan negeri Kedah

LANGKAWI, 4 Jun- Sebahagian Jalan Persekutuan FT115, Kuala Teriang-Pantai Tengah Langkawi diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah sebagai usaha merancakkan lagi pembangunan dalam sektor pelancongan.

Dinamakan “Jalan Pantai Cenang”, lalun sejauh 1.85 kilometer itu kini berada bawah kawal selia penuh Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP).

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadhillah Yusof berkata, pembatalan warta jalan daripada jarak asal 9.26 kilometer itu melibatkan persimpangan Jalan Bohor Tempoyak sehingga persimpangan Jalan Pantai Tengah Langkawi.



"Jalan Persekutuan kepada kerajaan negeri Kedah pada hari ini terutamanya jajaran melibatkan 1.8 kilometer berada di Pantai Cenang ini bersesuaian dengan perancnagan yang dihasratkan oleh kerajaan negeri untuk memanfaatkan Pantai Cenang tersebut supaya ia akan dapat dibangunkan sesuai dengan Langkawi ini sebagai bandar pelancongan negeriKedah," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Sebahagian Jalan Perseketuan KualaTeriang- Pantai Tengah kepada kerajaan negeri Kedah di Dataran Cenang Langkawi, di sini.

Berita berkaitan
Beberapa kesalahan dikenal pasti hasil pemantauan di hotel Langkawi
Sektor pelancongan Langkawi sambut baik pembukaan semula sempadan negara


Tambahnya, pihak kementerian memperuntukkan sehingga RM2.76 juta bagi tujuan baik pulih dan menyelenggara 195 kilometer jalan Persekutuan secara keseluruhan di Langkawi bermula Januari hingga Mei 2022.

(Dato’ Sri Haji Fadillah(kanan) hari ini hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Sebahagian Jalan Persekutuan FT115 iaitu Jalan Kuala Teriang – Pantai Tengah, Pulau Langkawi kepada Kerajaan Negeri Kedah

 

Media Baharu