Hubungan erat diplomatik jamin bekalan tenaga negara

foto BERNAMA

SEREMBAN, 20 Jun – Malaysia terus memperkukuh jaminan bekalan tenaga negara menerusi hubungan diplomatik yang erat dengan negara pengeluar minyak dan gas utama dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menegaskan rundingan antarabangsa bagi mengelakkan masalah minyak, gas dan diesel serta lindungi kesejahteraan rakyat.
  • Pendekatan berkecuali dan berkawan dengan semua memberi manfaat besar kepada kepentingan rakyat dan pembangunan negara.
  • Hubungan baik membuka ruang kerjasama strategik tenaga termasuk bekalan minyak dan gas jangka panjang.
  • Rundingan juga mencetus peluang kerjasama baharu dalam pendidikan, sains dan teknologi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, usaha tersebut penting bagi memastikan generasi akan datang tidak berdepan masalah kekurangan bekalan tenaga serta kenaikan harga yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat.

“Apa tanda kita negara bebas? Kita berkawan dengan semua. Matlamat kita kebajikan rakyat.

“Saya runding dengan Presiden Putin. Saya kata saya wakili negara dan saya cinta dan kasih kepada rakyat negara saya. Saya tidak mahu ada masalah minyak, gas dan diesel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Himpunan Pertubuhan Lima Generasi (P-L-G) di Seremban hari ini.

Menurut beliau, hubungan baik yang terjalin dengan negara-negara berkenaan membuka ruang kerjasama strategik dalam sektor tenaga termasuk bekalan minyak dan gas untuk jangka panjang.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa pendekatan Malaysia yang berkecuali dan berkawan dengan semua negara memberi manfaat besar kepada kepentingan rakyat serta pembangunan negara.

Hasil rundingan yang dilaksanakan bukan sahaja memberi jaminan bekalan tenaga kepada negara malah membuka peluang kerjasama baharu dalam pelbagai sektor strategik termasuk pendidikan, sains dan teknologi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.