Hari Terbuka Pustaka Imaginasi medium tingkatkan pengetahuan sejarah kesenian

Adinaquraisa Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Program Hari Terbuka Pustaka Imaginasi 2026 anjuran Balai Seni Negara dilihat sebagai medium dalam meningkatkan pengetahuan sejarah kesenian dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menguar-uarkan kewujudan Pusat Rujukan Seni Visual yang boleh diakses oleh akademik dan pelajar.
  • Pembelajaran sejarah seni juga penting di luar bilik darjah untuk mengekalkan kepekaan generasi terhadap perkembangan seni visual.
  • Aktiviti termasuk pertandingan bercerita, deklamasi puisi, persembahan kesenian, gamelan dan sembang santai buku.
  • Pertandingan membolehkan peserta menggunakan Koleksi Tetap dan pameran terkini sebagai rujukan serta mengembangkan tafsiran persembahan sendiri.

Ketua Kurator Kanan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Adinaquraisa Ibrahim berkata, inisiatif tersebut juga bertujuan menguar-uarkan tentang kewujudan Pusat Rujukan Seni Visual yang boleh diakses para akademik dan pelajar terhadap seni visual negara.

Pendedahan sejarah seni dalam kalangan kanak-kanak bukan hanya terikat pada peringkat pembelajaran dan pengajaran di sekolah, namun ia boleh juga dilaksanakan di luar bilik darjah.

“Dalam memupuk semangat melihat pedagogi para pelajar, pembelajaran luar bilik darjah juga sangat penting untuk memastikan generasi masa kini terus peka dengan perkembangan seni visual negara.

“Seni bukan hanya berbentuk rupa, namun ia menjadi naratif sejarah berbentuk visual,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Seni Negara di sini hari ini.

Aktiviti tambahan program termasuk, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Deklamasi Puisi, Persembahan Kesenian, Gamelan dan Sembang Santai Buku.

Pertandingan yang tersedia memberi ruang kepada peserta dalam menggunakan sumber rujukan seperti Koleksi Tetap Balai Seni Negara, Pameran Perolehan Terkini: Recent Acquisition serta Pameran Cinta Buatan Malaysia 79-89.

Ia sekali gus memberi peluang kepada para peserta mencorak idea persembahan berdasarkan tafsiran masing-masing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.