
KUALA LUMPUR, 16 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik atas jasa serta pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.
- Guru tunjang penting dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
- Menghargai pengorbanan, kesabaran dan dedikasi para guru dalam menyampaikan ilmu serta memupuk nilai murni.
- Kebajikan warga pendidik perlu terus diperkasa dan dipertingkatkan demi kesejahteraan guru.
- Bidang perguruan mesti dihormati supaya mampu melahirkan generasi cemerlang untuk negara.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan kepada guru-guru yang disifatkan sebagai tunjang penting dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan negara.
“Terima kasih kepada seluruh warga pendidik di negara ini atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa,” titah Baginda.
Seri Paduka Baginda turut menghargai pengorbanan, kesabaran dan dedikasi para guru dalam menyampaikan ilmu serta memupuk nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia.
Baginda juga berharap kebajikan warga pendidik terus diperkasa dan dipertingkatkan bagi memastikan bidang perguruan kekal dihormati serta mampu melahirkan generasi cemerlang untuk negara.