
KANGAR, 16 Mei – Seramai 77 Pengerusi dan 58 Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bagi Parlimen Kangar menerima
watikah pelantikan baharu bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027.
- Pengerusi dan Setiausaha JPKKP bertanggungjawab mengurus tadbir kampung dan menggerakkan pembangunan untuk kesejahteraan komuniti.
- Mereka diwajibkan mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam fungsi masing-masing.
- Pelantikan diharapkan memberi semangat kepada JPKKP untuk fokus pembangunan setempat, program bermanfaat dan menjaga kebajikan masyarakat.
- Majlis turut melibatkan perkongsian bersama KEMAS, RISDA, ICU JPM dan sesi Persiapan PRU16 oleh Ketua Penerangan UMNO Kedah.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, setiap Pengerusi dan Setiausaha JPKKP yang dilantik berperanan mengurus tadbir kampung, dan menggerakkan pembangunan untuk kesejahteraan komuniti setempat.
Sehubungan itu, mereka perlu mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, dalam menjalankan fungsi masing-masing.
“Kami mengharapkan, insya-Allah dengan pelantikan ini, memberikan semangat untuk pihak JPKKP bergerak di kampung masing-masing, fokus kepada pembangunan setempat dan program-program yang memberi manfaat dan menjaga kebajikan masyarakat setempat,” katanya pada program ‘Apa Habaq Kami Dengaq’ bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), serta Majlis Penyerahan Watikah Pengerusi dan Setiausaha JPKKP Parlimen Kangar.
Turut berlangsung perkongsian berkaitan Persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) 16, ‘Kita Nak Buat Apa’ yang disampaikan Ketua Penerangan UMNO negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy
Zainol Abidin.