Golongan wanita disaran manfaatkan perkhidmatan, fasiliti kesihatan

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan

SUNGAI BESI, 30 Julai – Golongan wanita disaran memanfaatkan sepenuhnya pelbagai perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan kerajaan bagi memenuhi keperluan, menjaga kebajikan serta memperkukuh perlindungan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persepsi salah: kanser tidak hanya menyerang warga tua; semakin ramai wanita muda terjejas, memerlukan peningkatan kesedaran.
  • Jangkitan HPV boleh berlaku sejak remaja dan mengambil masa bertahun-tahun sebelum berkembang menjadi kanser pangkal rahim.
  • Vaksin HPV dan saringan awal ditegaskan sebagai langkah pencegahan penting terhadap kanser serviks dalam kalangan muda.
  • Program pendidikan seperti Perisai Kesihatan Wanita Muda meningkatkan pengetahuan dan menyasar pelajar untuk memperkukuh langkah pencegahan.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan, ia susulan ramai masih beranggapan kanser hanya menyerang golongan berusia namun semakin ramai wanita golongan muda menghidap penyakit kanser pada masa kini.

“Terutama anak-anak muda di sini. Kita tahu sekarang ini kanser pangkal rahim banyak melibatkan wanita berusia antara 35 hingga 65 tahun. Namun, puncanya ialah jangkitan awal papilomavirus manusia (HPV) yang boleh berlaku sejak usia remaja.

“Jangkitan itu kemudiannya mengambil masa antara 10 hingga 20 tahun sebelum berkembang menjadi kanser,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Perisai Kesihatan Wanita Muda Tahun 2026 anjuran Pertubuhan Inovasi Sosial Pembangunan Wanita Kuala Lumpur (WISDOM) di sini.

Program itu menghimpunkan seramai 200 pelajar perempuan itu menerapkan tentang kepentingan vaksin jangkitan HPV dan saringan awal sebagai langkah mencegah kanser serviks.

Kanser pangkal rahim adalah kanser ketiga kerap berlaku dalam kalangan wanita selain kanser payudara dan kanser kolorektum.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.