fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan air, lebih 300 kediaman masih terjejas

Sehingga pukul 10 pagi tadi, lebih 300 kediaman di kawasan Bukit Permai masih mengalami gangguan bekalan air

KULAI, 12 April - Gangguan bekalan air telah menjejaskan kira-kira lebih 1,000 penduduk di kawasan Bukit Permai, di sini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jasni Md Shukor memaklumkan, sehingga pukul 10 pagi tadi, lebih 300 kediaman di kawasan berkenaan, masih mengalami gangguan bekalan air.

Ini melibatkan 200 rumah di Kampung Agas dan Felda Bukit Permai, serta lebih 100 kediaman di Kampung Sri Muar dan Kampung tersusun Murni jaya.

Beliau berkata, isu ketiadaan bekalan air itu berlarutan sejak enam hari lepas terutamanya di Kampung Sri Muar.

Bagaimanapun katanya, tindakan sementara telah diambil, agar penduduk dapat meraikan Aidilfitri.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN