Bolivia isytihar darurat susulan kesan El Nino

Foto AFP

LA PAZ, 1 November -Bolivia mengisytiharkan darurat pada Sabtu bagi membolehkan sumber tambahan disalurkan untuk menangani kesan fenomena cuaca El Nino yang mencetuskan pelbagai bencana di seluruh dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden Rodrigo Paz menerusi perutusan menjelaskan langkah kerajaan.
  • Dekri membolehkan lebih banyak pasukan penyelamat digerakkan ke kawasan terjejas teruk.
  • Bolivia berdepan ancaman banjir dan kemarau akibat fenomena El Nino.

Presiden Bolivia, Rodrigo Paz menerusi perutusannya berkata, dekri berkenaan turut membolehkan lebih banyak pasukan penyelamat digerakkan ke kawasan yang terjejas teruk.

Menurut Paz, kerjasama semua institusi diperlukan bagi menghadapi impak El Nino yang dijangka memberi kesan serius, khususnya dari segi kemarau dan banjir.

Laporan kerajaan minggu ini memaklumkan, kemarau menjejaskan 78,000 keluarga di enam daripada sembilan wilayah pentadbiran Bolivia, selain mengakibatkan kematian lebih 75,000 ekor lembu.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini memberi amaran bahawa El Nino semasa berpotensi mencapai tahap kekuatan luar biasa, sekali gus membawa kesan buruk kepada Amerika Latin, Afrika Timur dan Selatan, Asia serta rantau Pasifik.

Di negara jiran Bolivia, Peru mengalami peningkatan suhu dan kebakaran hutan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.

Sementara itu, ibu negara Chile, Santiago, mencatatkan Oktober paling basah dalam sejarah rekod cuacanya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.