Penduduk terjejas banjir di Kerian berkurang pagi ini

Foto APM Perak

IPOH, 1 November – Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Kerian semakin berkurang dengan hanya 18 orang daripada tujuh keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 25 orang daripada sembilan keluarga, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk terjejas masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Titi Serong menurut JPBN Perak.
  • Mereka berasal dari Taman Aman Sejahtera dan Taman Desa Aman 1, ditempatkan di PPS sejak Khamis.
  • MetMalaysia meramalkan ribut di semua daerah kecuali Kerian, Manjung dan Bagan Datuk petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, kesemua penduduk terjejas banjir itu masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Titi Serong.

Kesemua penduduk terjejas banjir juga dari Taman Aman Sejahtera dan Taman Desa Aman 1 yang ditempatkan di PPS itu sejak Khamis.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut diramalkan berlaku di kesemua daerah kecuali Kerian, Manjung dan Bagan Datuk, petang ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.