
KUALA LUMPUR, 25 September – Sebanyak empat kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 178.
- Kawasan Kuching, Samarahan dan Sri Aman di Sarawak catat IPU tidak sihat dengan bacaan 166, 165 dan 163.
- Sebanyak 61 kawasan di seluruh negara catat bacaan IPU pada tahap sederhana.
- Contoh kawasan sederhana termasuk Batu Muda (Kuala Lumpur), Kota Kinabalu, Balik Pulau dan Kangar.
- Skala IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, lebih 300 berbahaya.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain di negeri itu yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Kuching (166), Samarahan (165) dan Sri Aman (163).
Sementara itu, 61 kawasan di seluruh negara mencatatkan tahap bacaan sederhana antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur (73); Kota Kinabalu, Sabah (63); Balik Pulau, Pulau Pinang (55); dan Kangar, Perlis (52), manakala 3 kawasan lagi merekodkan bacaan baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. – BERNAMA