
SHAH ALAM, 1 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperluas penyampaian maklumat berkaitan harta berlandaskan syariah menerusi kerjasama dengan Affin Islamic Bank Berhad.
- Kerjasama dengan institusi perbankan bertujuan menjangkau kelompok masyarakat lebih luas.
- Diharapkan capaian baru meningkat selain kumpulan bawah MAIS seperti masjid dan surau.
- Majlis memeteraikan Memorandum Persefahaman antara MAIS dan institusi perbankan.
- Pendekatan sama diharap diikuti bank lain untuk tingkatkan kesedaran perancangan harta awal dalam kalangan Islam.
Setiausaha MAIS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata kolaborasi bersama institusi perbankan bertujuan menjangkau kelompok masyarakat yang lebih luas.
“Antara implikasi yang kami harapkan ialah peningkatan capaian baharu. Selain kelompok di bawah MAIS seperti masjid dan surau, diharapkan kolaborasi ini dapat memperluas lagi penyampaian maklumat menerusi institusi profesional,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MAIS dan Affin Islamic Bank Berhad, di sini.
Menurut Mohd Sabirin lagi, pendekatan sama diharap dapat dilaksana institusi perbankan lain bagi meningkatkan kesedaran masyarakat Islam mengenai kepentingan membuat perancangan harta lebih awal.