Persidangan DUN Negeri Sembilan dibuka

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dijadual menyampaikan titah diraja bersempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat selepas 10 pagi ini. Foto BERNAMA

SEREMBAN, 23 April – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15 bermula hari ini dengan istiadat pembukaan rasmi disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persidangan DUN Negeri Sembilan Ke-15 bermula hari ini, istiadat pembukaan rasmi disempurnakan Yang Dipertuan Besar.
  • Yang Dipertuan Besar menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormatan tiga pegawai serta 103 anggota Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja.
  • Persidangan dijadual berlangsung empat hari, disambung semula pada 27 April; negeri diterajui Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dengan 36 ADUN.

Baginda dijadual menyampaikan titah diraja bersempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat itu selepas 10 pagi.

Tuanku Muhriz turut dijadualkan menerima tabik hormat diraja dan memeriksa kawalan kehormatan yang diketuai tiga pegawai serta 103 anggota Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Syed Sirajuddin.

Turut berangkat ke istiadat itu Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Persidangan DUN dijadualkan berlangsung selamat empat hari bermula hari ini sebelum disambung semula pada 27 April.

Negeri Sembilan mempunyai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.