
KUALA LUMPUR, 26 April -Seorang pemandu bas ditahan selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan merempuh tiga kenderaan lain di Jalan Klang Lama, di sini, semalam.
- Suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Kes disiasat kerana didakwa memandu secara melulu dan membahayakan.
- Seorang pemandu kereta mengalami kecederaan ringan; laporan diterima pada 8.06 malam.
- Saringan awal negatif alkohol dan dadah; saksi diminta hubungi Inspektor Mohd Nazar 012-5653395 atau 03-79662222.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata, lelaki berusia 40-an itu direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
“Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, bas dipandu suspek dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh tiga kereta.
“Akibat rempuhan itu, seorang pemandu kereta mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan .
Beliau berkata polis menerima laporan mengenai insiden itu pada 8.06 malam semalam manakala saringan awal yang dijalankan mendapati pemandu bas itu negatif terhadap alkohol dan dadah.
Shamsudin meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Nazar Md Kasim menerusi talian 012-5653395 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya 03-79662222.