Dua warga emas cedera, kenderaan dihempap pokok tumbang


BENTONG, 14 Ogos – Dua warga emas cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Chamang, Bentong, kira-kira 2.15 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis terima maklumat daripada orang awam; anggota polis dan agensi penyelamat dikejarkan ke lokasi.
  • Siasatan awal sahkan mangsa warganegara tempatan, seorang lelaki 62 tahun dan seorang wanita 60 tahun.
  • Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan.
  • Orang ramai dinasihatkan berhati-hati, jangan menghampiri kawasan pokok tumbang dan segera laporkan bahaya kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam sebelum anggota polis bersama agensi penyelamat dikejarkan ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa merupakan warganegara tempatan, masing-masing seorang lelaki berusia 62 tahun dan wanita berusia 60 tahun.

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menghampiri kawasan yang berlaku kejadian pokok tumbang atau lokasi berisiko.

Orang ramai juga diminta segera melaporkan sebarang keadaan berbahaya kepada pihak berkuasa atau agensi berkaitan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.