Dua maut motosikal langgar serpihan tayar sebelum dirempuh lori

Foto Fail BERNAMA

TAPAH, 14 Ogos – Dua individu maut selepas motosikal dinaiki mereka melanggar serpihan tayar sebelum terjatuh ke laluan sebuah lori di Kilometer 342.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lori dari Klang ke Ipoh dilaporkan terlalu hampir dan tidak sempat mengelak, menyebabkan pelanggaran.
  • Motosikal diseret kira-kira 10 meter sebelum lori berhenti di lorong kecemasan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; orang ramai diminta hubungi IPD Tapah 05-4011222 atau 017-3256140.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hashim berkata, kejadian kira-kira 5 pagi itu berlaku ketika motosikal berkenaan dalam perjalanan dari Gombak menuju ke Pulau Pinang.

Menurutnya, lori yang dalam perjalanan dari Klang menuju ke Ipoh berada terlalu hampir dan tidak sempat mengelak, hingga melanggar motosikal terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, motosikal berkenaan diseret kira-kira 10 meter sebelum lori berhenti di lorong kecemasan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penunggang mengalami kecederaan serius di bahagian perut sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tapah.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Polis Daerah Tapah di talian 05-401 1222 atau Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tapah, Inspektor Muhammad Najmuddin Zulkarnain di talian 017-325 6140.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.