Dua lelaki ditahan curi kabel elektrik sekolah

Foto PDRM

TELUK INTAN, 14 Ogos – Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel elektrik di sebuah sekolah di Chenderong Balai, Hilir Perak membabitkan kerugian kira-kira RM50,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek direman di Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
  • Polis merampas peralatan memotong kabel, kabel elektrik dan sebuah kenderaan dipercayai berkaitan kes.
  • Pihak sekolah, pemilik premis dan orang ramai dinasihatkan meningkatkan kawalan keselamatan terhadap harta benda dan kemudahan awam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, penahanan dibuat kira-kira 3.30 pagi tadi hasil siasatan dan risikan.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan dan direman sehingga Isnin ini bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Polis turut merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes termasuk peralatan memotong kabel, kabel elektrik dan sebuah kenderaan,” menurutnya dalam kenyataan.

Rabu lalu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang mewakili pihak sekolah selepas mendapati kabel elektrik di kawasan blok sekolah dipotong dan dicuri.

Pihak sekolah, pemilik premis dan orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan kawalan keselamatan terhadap harta benda serta kemudahan awam, khususnya kabel elektrik dan barangan yang mudah menjadi sasaran pencuri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.