SRI AMAN, 18 Januari - Dua individu cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori dan trak pikap di Jalan Sri Aman-Serian, tengah hari tadi.
Manakala, pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 49 dan 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa dalam trak pikap dikenal pasti Tiong Yan Hao, 30, yang tersepit mengalami cedera parah, manakala Lee Pui Chi, 29, cedera ringan.
"Komander tiba di lokasi dan mendapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah pikap dan sebuah lori dengan seorang mangsa lelaki masih tersepit di dalam pikap.
"Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan lanjut.