
GEORGE TOWN, 10 Julai – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bakal mendahului senarai 1,221 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-85 Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib, pada Sabtu.
- Datuk Fahmi adalah penerima tunggal Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) tahun ini, membawa gelaran Datuk Seri.
- Seramai 19 penerima dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
- Majlis Istiadat penganugerahan berlangsung empat hari bermula 11 Julai serta 13 hingga 15 Julai di Dewan Sri Pinang, George Town.
Beliau merupakan penerima tunggal Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) tahun ini yang membawa gelaran Datuk Seri.
Pengerusi Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Law Choo Kiang berkata seramai 19 penerima dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Selain itu, Bekas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail antara sembilan penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk.
Manakala seramai 72 individu akan menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk. Antaranya ialah pelakon filem Melayu merangkap pengarah serta penulis skrip Cathay-Keris Film Productions, Allahyarham Nordin Ahmad.
Secara keseluruhan, seramai 101 orang bakal menerima anugerah Darjah Kebesaran dan 1,120 lagi bakal menerima Bintang dan Pingat Kehormatan.
Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang akan berlangsung selama empat hari bermula esok serta pada 13 hingga 15 Julai di Dewan Sri Pinang, George Town.