Taufan Bavi: Malaysia Airlines batal penerbangan KL-Taipei

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Malaysia Airlines membatalkan dua penerbangan antara Kuala Lumpur dan Taipei pada 11 Julai ekoran cuaca buruk yang dikaitkan dengan Taufan Bavi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penerbangan terjejas ialah MH366 (KL ke Taipei) dan MH367 (Taipei ke KL).
  • Penumpang dinasihatkan kemas kini maklumat perhubungan di 'My Booking' untuk menerima notifikasi melalui e-mel dan SMS.
  • Penumpang terjejas boleh pilih bayaran balik atau tukar jadual tanpa caj dalam tempoh 30 hari melalui My Booking, AskMH Live Chat atau Pusat Hubungan Global.

Menerusi perkongsian di Facebook, Malaysia Airlines memaklumkan penerbangan yang terjejas ialah MH366 dari Kuala Lumpur ke Taipei dan MH367 dari Taipei ke Kuala Lumpur.

“Penumpang dinasihatkan agar memastikan maklumat perhubungan dalam bahagian “My Booking” di laman sesawang atau aplikasi mudah alih syarikat dikemas kini bagi membolehkan penerimaan notifikasi melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Penumpang terjejas boleh memilih bayaran balik atau menukar jadual perjalanan bagi laluan sama tanpa caj tambahan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh asal penerbangan menerusi “My Booking”, AskMH Live Chat atau Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines,” menurut kenyataan itu.

Syarikat terbabit menegaskan aspek keselamatan penumpang dan kru kekal menjadi keutamaan dalam membuat keputusan berkaitan operasi penerbangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.