Cadangan tambah kerusi parlimen masih dalam perbincangan

Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING, 24 Januari – Cadangan menambah kerusi Parlimen masih dalam perbincangan demikian dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cadangan tambah kerusi Parlimen masih dalam perbincangan melibatkan aspek perundangan dan keperluan sokongan dua pertiga di Parlimen.
  • Penambahan kerusi disokong dari sudut dasar dan prinsip, tetapi tuntutan Sabah serta Sarawak bergantung kepada rundingan sedang berjalan.
  • Perincian susunan semula Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 dan perbincangan melibatkan Menteri serta pegawai Kementerian Kewangan dan EPU akan diteruskan.

Menurut beliau, ia melibatkan banyak perkara berkaitan pentafsiran perundangan, dan jika dipersetujui, ia perlu dibawa ke parlimen.

“Parlimen memerlukan sokongan dua pertiga, justeru engagement perlu dijalankan. Setakat ini, dari segi dasar dan prinsip, terdapat penambahan, tetapi sama ada tuntutan Sabah dan Sarawak dapat direalisasikan masih bergantung kepada perundingan yang sedang berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kebangsaan Anugerah Shell LiveWIRE Malaysia 2025 di sini.

Dalam perkembangan lain cadangan untuk menyusun semula ahli Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) akan diperincikan sewaktu mesyuarat jawatankuasa teknikal yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak, Datuk Mustapha Sakmud akan memulakan mesyuarat untuk perkara tersebut dibawa ke jawatankuasa MTPMA63 sebelum dibawa ke majlis perundingan peringkat tertinggi.

Ketika ini wakil daripada Kementerian Kewangan serta EPU terdiri daripada peringkat pegawai terlibat dalam jawatankuasa berkenaan.