
BUTTERWORTH, 13 Jun – Cadangan pemberian elaun pelajar Tingkatan Enam akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, minggu depan.
- Kementerian Pendidikan memahami keutamaan pelajar Tingkatan Enam dan memperjuangkan perkara itu.
- Kementerian mahu mendengar pandangan pelajar dan memahami keperluan mereka.
- Kementerian sebelum ini memperjuangkan elaun untuk pelajar IPG yang kini menerima kemudahan tersebut.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kementerian memahami keutamaan pelajar-pelajar berkenaan dan memperjuangkan perkara itu.
“Kami mahu mendengar pandangan anak-anak dan memahami keperluan berkenaan.
“Sebelum ini, kementerian telah memperjuangkan pemberian elaun kepada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang kini telah menerima kemudahan itu,”katanya ketika berucap pada program POV Anak Muda: Anak Muda dan Ketidakpastian Realiti Zon Utara.
Hampir 1,000 peserta menyertai program berkenaan bagi membincangkan isu pendidikan, ekonomi, pekerjaan serta kos sara hidup yang turut dihadiri Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.