BN pertahan persefahaman dalam Kerajaan Perpaduan demi rakyat, negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Barisan Nasional (BN) akan terus memainkan peranan penting dalam mempertahan persefahaman dalam Kerajaan Perpaduan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah mempertahankan persefahaman bagi menjamin kestabilan politik dan memastikan agenda pembangunan serta kebajikan rakyat dilaksanakan tanpa gangguan.
  • Persefahaman yang dicapai menzahirkan komitmen pihak terlibat terhadap tanggungjawab kenegaraan.
  • Persefahaman dipersetujui diteruskan sehingga tamat mandat pentadbiran; oleh itu tiada soal BN mengkhianati Kerajaan Perpaduan.
  • BN menghormati pendirian BN Johor mengenai hala tuju dan persiapan PRN, selaras pandangan parti komponen bagi memperkukuh kesiapsiagaan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan, langkah itu bagi menjamin kestabilan politik, seterusnya memastikan agenda pembangunan negara dan kebajikan rakyat dilaksana secara berterusan.

Menurut beliau, persefahaman yang dicapai dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 itu menzahirkan komitmen pihak terlibat terhadap tanggungjawab kenegaraan.

Ini penting bagi mengelak negara terjerumus dalam ketidaktentuan politik berpanjangan.

“Persefahaman itu juga dipersetujui untuk diteruskan sehingga tamat mandat pentadbiran semasa. Justeru, tidak timbul persoalan BN mengkhianati Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai perkembangan di Johor, Datuk Seri Dr. Zambry berkata, BN menghormati pendirian BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut beliau, pendirian tersebut selaras pandangan pelbagai pihak dalam parti-parti komponen BN Johor sebagai sebahagian daripada proses memperkukuh kesiapsiagaan parti mendepani PRN berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.