Gempa bumi sederhana landa Rantau Kepulauan Filipina

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 28 September – Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 11.01 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lokasi gempa berada 193 kilometer Utara dari Pulau Talaud, Indonesia.
  • Koordinat gempa 5.7 darjah Utara dan 127.2 darjah Timur.
  • Kedalaman gempa dilaporkan 62 kilometer.
  • Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa itu berada pada jarak 193 kilometer (km) Utara dari Pulau Talaud, Indonesia.

“Gempa tersebut berada pada koordinat 5.7 darjah Utara dan 127.2 darjah Timur. Gempa berkenaan berada pada kedalaman 62 km,” menurut kenyataan itu.

Tiada anacaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.