fb fb fb fb fb

Beberapa kawasan di Seremban dilanda banjir kilat

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun/Foto RTM

PORT DICKSON, 20 Jun- Hujan lebat berterusan melebihi tiga jam sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sini dinaiki air yang turut mengakibatkan banjir.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Blok C, Kampung Ismail,  Ampangan, Jalan Rahang dan Kampung Paroi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan segera telah dilaksanakan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan di kawasan terjejas.

" Saya berharap pihak pihak berwajib seperti PBT, Pejabat Daerah dapat membantu mereka dengan segera.

"Alhamdulillah semua laporan telah diambil oleh mereka untuk tindakan selanjutnya", jelas Aminuddin demikian pada program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen, di Batu 1, di sini.

Sebanyak 25 lembu turut dikorban dalam program tersebut.

Setakat ini, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan pemantauan di kawasan berisiko dinaiki air dilaksana daripada semasa ke semasa.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD