Malaysia, Jepun meterai Pengaturan Swap Dua Hala Ketiga AS$6 bilion

Gambar Fail

KUALA LUMPUR, 15 September – Malaysia dan Jepun menandatangani Pengaturan Swap Dua Hala Ketiga (BSA) yang ketiga dengan jumlah maksimum swap hingga AS$6 bilion.

RINGKASAN BERITA AI
  • BSA akan mengukuhkan kerjasama kewangan antara Jepun dan Malaysia serta meningkatkan kestabilan kewangan serantau.
  • BNM menandatangani MoC dengan Kementerian Kewangan Jepun untuk rangka kerjasama penyelesaian perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.
  • Inisiatif galak penggunaan mata wang tempatan, perkongsian maklumat dan rundingan berkala dijangka menyumbang positif kepada perdagangan dan pelaburan kedua negara.

Menerusi kenyataan bersama, Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan perjanjian tersebut ditandatangani bersama Bank of Japan (BOJ), yang bertindak bagi pihak Menteri Kewangan Jepun.

”Perjanjian ini berkuat kuasa pada 18 September 2026.

”Jepun dan Malaysia bersetuju bahawa BSA ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara serta mempertingkat kestabilan kewangan serantau,” jelas kenyataan itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, BNM turut memaklumkan pihaknya telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Kementerian Kewangan Jepun.

MoC ini bertujuan membangunkan rangka kerja kerjasama bagi menggalakkan penyelesaian perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.

Melaluinya, kedua-dua pihak berkuasa mencapai persetujuan mengenai inisiatif untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga rentas sempadan yang layak.

”Kerjasama ini akan diperkukuh melalui perkongsian maklumat serta perbincangan secara berkala antara pihak berkuasa Jepun dengan pihak berkuasa Malaysia.

”Pemeteraian ini menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh kerjasama kewangan dua hala antara Jepun dengan Malaysia dan pihak berkuasa yakin inisiatif ini akan memberikan sumbangan positif kepada hubungan perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara,” jelas BNM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.