Malaysia-Maldives meterai 2 MoU dalam bidang pertahanan, hal ehwal Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

MALE, 15 September – Malaysia dan Maldives hari ini memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan dan hal ehwal Islam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperluaskan kerjasama strategik termasuk keselamatan, latihan dan kapasiti ketenteraan antara kedua negara.
  • Kerjasama maritim dipertingkatkan, termasuk keselamatan laut dan kemungkinan pembelian kapal kecil oleh Maldives.
  • Dalam hal ehwal Islam, fokus kepada halal, dakwah, pengukuhan institusi mufti, wakaf dan pengurusan haji dengan berkongsi pengalaman Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemeteraian MoU itu akan memperluaskan kerjasama dalam bidang strategik kedua-dua negara termasuk keselamatan, latihan dan ketenteraan.

“Dia (Maldives) negara maritim dan sangat memberi keutamaan dalam bidang kerjasama maritim dan juga keupayaan, kalau ada jenis kapal kecil kita keluarkan dan dia mempertimbangkan untuk membelinya, di samping kerjasama dalam bidang keselamatan, latihan, ketenteraan dan tentera laut akan kita teruskan,” katanya.

Bagi MoU hal ehwal Islam, Datuk Seri Anwar berkata Maldives sebagai sebuah negara Islam turut memberi penekanan terhadap usaha memperkasa Islam di negara itu.

“Tentunya sebagai negara Islam, Maldives memberi penekanan soal halal, kerjasama dakwah dan pengukuhan institusi mufti, wakaf dan haji. Mereka juga akan beri kerjasama dan melihat pengalaman Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media bersama media sempena lawatan rasminya ke Maldives.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.