Banjir pulih, PPS Changkat Larah ditutup

Foto RTM

TAIPING, 15 September – Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Changkat Larah, Kamunting ditutup pada pukul 2 petang tadi selepas banjir di kawasan terjejas surut sepenuhnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mohd Nasrul Menhat berkata semua mangsa yang ditempatkan di PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
  • PPS itu sebelum ini menempatkan 76 mangsa daripada 24 keluarga yang terjejas banjir.
  • Antara kawasan terlibat ialah Taman Larah Damai dan Kampung Changkat.
  • Selain itu, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara turut dilapor terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Mohd Nasrul Menhat berkata, semua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“PPS itu sebelum ini menempatkan 76 mangsa daripada 24 keluarga yang terjejas banjir,” jelasnya.

Beliau berkata, antara kawasan terlibat ialah Taman Larah Damai, Kampung Changkat, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.