Datuk Seri Saifuddin, KDN ucap takziah kepada keluarga empat kanak-kanak lemas

Foto Facebook Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KULIM, 15 September – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga empat kanak-kanak yang meninggal dunia akibat lemas di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini, pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tragedi meruntun hati dan meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa.
  • Pegawai Pusat Khidmat segera menyantuni keluarga; bantuan akan diberi untuk meringankan urusan mereka.
  • Saifuddin dan warga KDN mendoakan kekuatan serta menempatkan keempat kanak-kanak itu dalam rahmat Allah.
  • Mangsa: Muhamad Aeril Aziz (12), Muhammad Zafril Arsyad (12), Muhammad Iman Nuruddin (10), Muhammad Arif Naufan (8); dikebumikan bersama.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kulim menerusi hantaran Facebook menyifatkan tragedi yang meragut nyawa kanak- kanak itu sebagai satu insiden yang meruntun hati serta meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa.

“Malam tadi, pegawai Pusat Khidmat telah segera mewakili saya untuk menyantuni keluarga mangsa. Insya-Allah, kami akan terus bersama mereka dan menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan bagi meringankan urusan keluarga dalam menghadapi saat yang amat sukar ini.

“Tiada kata yang mampu menggambarkan beratnya kehilangan seorang anak, apatah lagi dalam keadaan yang begitu tidak diduga,” menurut hantaran itu.

Datuk Seri Saifuddin dan seluruh warga KDN turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian tersebut.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga menghadapi ujian yang amat berat ini, serta menempatkan keempat-empat anak syurga ini dalam rahmat dan kasih sayang-Nya,” tambah hantaran itu.

Kejadian pada Isnin mengakibatkan empat sahabat baik lemas di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim susulan kejadian hujan lebat.

Jenazah Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12; Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12, Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10, dan Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8; dikebumikan dalam satu liang seperti hasrat keluarga empat kanak-kanak yang maut berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.