20 maut akibat keracunan alkohol di Iran

Foto hiasan / AFP

TEHRAN, 25 November– Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala ratusan lagi keracunan selepas meminum minuman keras tiruan di Iran, menurut laporan media rasmi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Televisyen negara melaporkan 356 kes keracunan alkohol direkodkan di seluruh Iran sepanjang November.
  • Seramai 187 pesakit dimasukkan ke hospital, termasuk 33 orang di unit rawatan rapi.
  • Pihak berkuasa menyalahkan minuman beralkohol tiruan dan bahan yang mengandungi metanol.
  • Walaupun alkohol diharamkan, minuman keras tidak sah masih mudah diperoleh; pada Oktober 2024, empat individu dihukum mati kerana menjual minuman tercemar.

Stesen televisyen negara itu melaporkan sebanyak 356 kes keracunan alkohol direkodkan di seluruh Iran sepanjang November.

Ini meskipun pengambilan dan penjualan minuman beralkohol, adalah dilarang.

“Menurut statistik terkini, 20 orang telah meninggal dunia dan 187 telah dimasukkan ke hospital, termasuk 33 orang di unit rawatan rapi,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Sajad Razavi kepada stesen televisyen tempatan

Pihak berkuasa di wilayah terjejas menyalahkan pengambilan minuman beralkohol tiruan serta bahan yang mengandungi metanol sebagai punca kejadian.

Walaupun penjualan dan pengambilan alkohol diharamkan di Iran, minuman keras tidak sah masih mudah diperoleh dan sering mengakibatkan kes keracunan yang membawa maut.

Pada Oktober 2024, empat individu dihukum mati kerana menjual minuman keras tercemar yang menyebabkan beberapa kematian. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.